Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Sabtu, 19 November 2011

Kesan Fenomena Penipisan Lapisan Ozon dan Kesan Rumah Hijau Terhadap Sistem Alam Sekitar Fizikal

Kesan ke atas sistem Geomorfologi
Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon akan menyebabkan peningkatan kadar luluhawa khusunya luluhawa fizikal, pertambahan kadar hakisan seterusnya boleh mengubah landskap sesuatu kawasan misalnya kawasan gurun panas. Pemanasan suhu dunia pastinya mempercepatkan proses pemanasan batuan. Batuan yang panas lebih cepat mengembang dan seterusnya memudahkan berlaku penyepaian fizikal. Di kawasan  gurun panas keadaan akan menjadi semakin kontang dan gersang. Hal ini akan mempercepatkan hakisan layangan angin menghakis dan mengangkut bahan batuan yang sudah tersepai dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti pecahan prismatik, granul serta kelupasan ke kawasan-kawasan pinggiran gurun, lama kelamaan kawasan gurun akan menjadi semakin luas.
         Kesan yang lebih besar ialah ke atas pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi. Kewujudan lubang ozon di benua Antartika misalnya sudah tentu boleh mencairkan litupan ais di kawasan tersebut kerana pencaranmatahari khususnya UV di terima oleh permukaan ais tanpa halangan. Oelh demikian, dalam jangka masa yang panjang cairan ais akan membanjiri laut, meningkatkan isipadu dan paras air laut seterusnya menambahkan kadar hakisan oleh ombak.

Kesan ke atas sistem atmosfera
Sistem atmosfera atau sistem klimatologi (iklim dan cuaca) juga tidak terlepas daripada mengalami kesan akibat rumah hijau dan penipisan lapisan ozon apatah lagi fenomena tersebut terjadi di dalam ruang atmosfera. Kesannya, ia akan menggalakkan berlakunya fenomena El Nino. Walaupun El Nino adalah fenomena semula jadi tetapi peningkatan suhu dunia turut juga dialami oleh suhu lautan. Kadar kenaikan suhu lautan khususnya Lautan Pasifik akan menjadi lebih cepat. Kenaikan suhu ini akan menyebabkan tekanan udara di kawasan berkenaan menjadi rendah. Oleh demikian, keadaan ini akan melemahkan, mengubah atau menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan lebat ke kawasan barat pasifik meliputi negara-negara Asia Tenggara. Negara berkenaan akan mengalami cuaca yang panas dan kemarau yang terik akibat kekurangan hujan.

Kesan ke atas sistem hidrologi
Berlakunya kejadian pemansan global dan ia akan mengakibatkan gangguan keseimbangan kitaran hidrologi, pengurangan kuantiti air benua, regim wilayah daripada sumber-sumber sungai, tasik, kolam dan proses tranpirasi tumbuhan. Hal ini berlaku kerana kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat, tidak sepadan dengan bekalan air yang ada. Gangguan ke atas kitaran hidrologi akan menyebabkan sungai, tasik dan kolam tidak mempunyai bekalan air yang secukupnya dan lebih kritikal lagi jika punca-punca air tersebut kekeringan air.

Kesan ke atas ekologi
Ekologi boleh dipecahkan kepada berbgai jenis ekosistem semulajadi seperti ekosistem hutan, ekosistem tasik dan sebagainya. Setiap ekosistem ini tidak terlepas daripada menerima kesan pemanasan global iaitu gangguan ke atas kitaran tenaga dan rantaian makanan yang berlaku dalam setip ekosistem tersebut. Contohnya, apabila suhu dunia meningkat kecenderungan hutan untuk terbakar adalah tinggi seperti yang berlaku di Amerika. Kebakaran hutan secara besar-besaran akan menyebabkan berlakunya kemusnahan kepelbagaian biologi, kepupusan spesis flora dan fauna yang berharga, merosakkan rantaian makanan serta habitat, sekaligus ekologi hutan tersebut akan berakhir.









0 comments:

Catat Ulasan