Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Featured Posts

  • Penipisan Lapisan Ozon

    Lapisan Ozon merupakan satu lapisan gas yang terbentuk disekeliling bumi. Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26 km dari permukaan bumi. Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinaran ultraungu cahaya matahari sebelum sampai ke permukaan bumi.

  • Jerebu

    Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

  • Hujan Asid

    Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.

  • Pulau Haba

    Pulau haba ditakrifkan sebagai peningkatan suhu sesebuah bandar berbanding suhu di kawasan sekitar.

Isnin, 21 November 2011

Langkah mengurangkan fenomena pulau haba di bandar.

1)  Meningkatkan kawasan hijau atau ‘zon penampan’ di kawasan bandar dengan membanyakkan kawasan hijau bermakna dapat meningkatkan proses sejatan di kawasan bandar dan mengurangkan kadar penyimpanan haba pendam oleh bahan-bahan binaan. Oleh demikian,  keadaan persekitaran bandar menjadi lebih sejuk apabila kadar kelembapan bandingan lebih tinggi.

2) Peningkatan suhu bandar sehingga membawa kepada pembentukan Pulau Haba  boleh juga dikurangkan melalui peningkatan kawasan badan air. Peranan badan air dalam mengurangkan suhu di kawasan bandar. Selain itu, usaha membanyakkan kawasan pancutan air di kawasan bandar boleh juga mengurangkan kadar suhu yang tinggi. Pancutan air mampu meningkatkan kadar kelembapan bandingan dan dengan itu mengurangkan suhu sekitaran dalam bandar.

3) Pengurangan penggunaan bahan berbentuk cermin atau yang mampu memantulkan bahangan pada kadar yang tinggi. Ini disebabkan peningkatan pantulan bahangan boleh meningkatkan pembebasan haba ke ruang sekitaran bandar. Dengan itu, boleh meningkatkan kadar suhu bandar sehingga membentuk pulau haba.
4)  Konsep penanaman pokok di atas bumbung-bumbung bangunan yang rata atau konsep bumbung hijau. Dengan cara ini, masalah banjir kilat di kawasan bandar boleh dikurangkan di samping mengurangkan masalah suhu bandar yang tinggi.

Sebab-sebab terjadinya pulau haba di bandar.

Sebab-sebab terjadinya pulau haba di di bandar adalah :
1) Kekurangan litupan tumbuhan atau pokok-pokok peneduh yang mampu bertindak menyederhanakan suhu. Perubahan landskap yang ketara dari hutan semula jadi bertukar kepada “hutan batu”.
2) Adanya banyak bahan atau sumber yang boleh menyerap dan menyimpan bahangan matahari sebagai haba pendam seperti bangunan konkrit, tar, aspalt, bahan-bahan pencemar udara dan sebagainya. Bahangan matahari yang tersimpan di waktu siang akan dibebaskan di waktu malam.
3) Perlepasan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan hidrokarbon daripada kenderaan dan industri yang juga mampu memerangkap bahangan matahari.

4)   Perlepasan banyak tenaga haba di bandar yang berpunca dari sumber janakuasa kilang, sumber kenderaan bergerak dan juga dari metabolisme badan manusia sendiri yang ramai tinggal di bandar. 

Ciri-ciri cuaca di bandar yang mengalami pulau haba

Kawasan bandar yang mengalami pulau haba mempunyai ciri-ciri cuaca yang tersendiri dan berbeza dengan kawasan pinggirannya. Antara ciri-ciri tersebut ialah:

1)  Suhu yang lebih tinggi atau cuaca yang lebih panas di kawasan bandar berbanding dengan kawasan pinggir bandar. Kecerunan suhu adalah tinggi di pusat bandar kemudian semakin menurun menghala ke pinggirnya.

2) Kelembapan udara yang rendah. Kewujudan udara kering di bandar berbanding dengan pinggirnya yang lebih lembap dan nyaman.

3)   Kekerapan kejadian hujan perolakan yang lebih tinggi di bandar berpunca daripada kadar sejatan permukaan yang tinggi dari haba yang lebih banyak tersimpan di bandar.
hujan perolakan

4)  Wujudnya tekanan udara yang rendah akibat suhu yang tinggi di pusat bandar. Kesannya tiupan angin yang lebih kencang bertiup masuk dari luar ke kawasan pusat bandar. Kejadian ini dikenalai sebagai badai.

5)   Komposisi udara atau lapisan udara yang tebal diseliputi jerebu dan bahan pencemar khususnya dalam keadaan udara yag lebih kering di bandar.

Konsep Iklim Bandar

Kajian iklim bandar merupakan satu cabang ilmu kaji iklim dan cuaca. Secara amnya, iklim bandar didefinisikan sebagai fenomena cuaca dan iklim mikro yang terbentuk dan dialami oleh keluasan di sesuatu kawasan yang terbatas iaitu di kawasan bandar. Ciri-ciri iklim mikro ini amat berbeza dengan kawasan pinggir bandar atau dengan keadaan sebelum berlakunya pembandaran. Pengaruh pembandaran membentuk satu ciri iklim yang tersendiri. Kaji iklim bandar dibuat secara perbandingan antara unsur-unsur iklim yang terbentuk di kawasan bandar dengan kawasan pinggir bandar atau kawasan luar bandar.

Perubahan suhu dan fenomena pulau haba.

Suhu adalah satu unsur utama yang mengalami perubahan akibat aktiviti manusia di bandar. Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar sehingga beberapa darjah celcius melebihi daripada suhu sekitaran di pinggir bandar menghasilkan satu fenomena yang dikenali sebagai pulau haba. Bangunan konkrit, jalan berturap, medan letak kereta berbitumen merupakan bahan yang menggalakkan proses pengaliran haba dan simpanan haba pada siang hari sebagai bahan pendam dan dibebaskan pada waktu malam bagi mengimbangi kehilangan haba di permukaan bumi. Pembebasan haba dari bumi ini sepatutnya terus dilesapkan di angkasa, tetapi proses ini tidak berlaku di bandar. Sebaliknya, haba bumi akan dihalang oleh bahan-bahan pencemar di udara yang kemudian memantulkan kembali tenaga tersebut ke bumi.

Ahad, 20 November 2011

Kesan-Kesan Fenomena Hujan asid

Gangguan kesihatan
Boleh memudaratkan kesihatan tidak kira golongan tua mahu pun muda terutama penyakit asma. Manakala bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selsema. Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbun. Kadium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum dimana ia boleh menyebabkan penyakit cirit birit.

Tanah dan Tumbuhan
Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid. Contohnya 70% hutan di Czechslovakia musnah akibat terkena hujan asid. Selain itu, kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah. Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya. Selain itu, ia turut memusnahkan fungsi daun.

Kerosakan harta benda
Berlakunya kelunturan warna bangunan, warna kereta, mempercepatkan proses pengkaratan besi seperti di bangunan tinggi, di jambatan dan sebagainya yang memerlukan kos yang tinggi dalam proses membaik pulih.
Kerosakan disebabkan hujan asid


Punca-punca yang menggalakkan Fenomena Hujan Asid

Punca Perindustrian
Pada masa kini, perindustrian merupakan punca utama yang banyak membebaskan bahan-bahan pencemar ke udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, hidrokarbon-hidrokarbon dan sebagainya.


Punca Kenderaan Bermotor
Menggunkana bahan api fosil sebagai bahan bakarnya seperti penggunaan petrol tanpa plumbum. Pembakaran yang tidak lengkap oleh sistem enjin akan menyebabkan gas-gas pencemar terbebas ke udara.

Punca semula jadi
Khususnya letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas-gas sulfur dalam kuantiti yang banyak untuk menghasilkan asid sulfurik seperti dalam kes letupan gunung berapi Pinatubo di Filipina.

Punca dari stesen jana kuasa elektrik
Menggunakan bahan bakar konvensional seperti arang batu, petroleum dan gas sli juga banyak membebaskan pencemar ke udara.

Konsep Hujan Asid

Hujan asid ialah air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi (pH kurang daripada 5) seperti air hujan yang mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Pembentukkannya berkait rapat dengan proses kondensasi yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar di udara seperti sulfur dioksida, nitrus dioksida, karbon monoksida dan lain-lainlagi. Bahan pencemar ini berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampu menyerap wap air ke arahnya, tepu dan akhirnya turun sebagai hujan berasid.



                Fenomena-Fenomena Hujan Asid