Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Isnin, 21 November 2011

Konsep Iklim Bandar

Kajian iklim bandar merupakan satu cabang ilmu kaji iklim dan cuaca. Secara amnya, iklim bandar didefinisikan sebagai fenomena cuaca dan iklim mikro yang terbentuk dan dialami oleh keluasan di sesuatu kawasan yang terbatas iaitu di kawasan bandar. Ciri-ciri iklim mikro ini amat berbeza dengan kawasan pinggir bandar atau dengan keadaan sebelum berlakunya pembandaran. Pengaruh pembandaran membentuk satu ciri iklim yang tersendiri. Kaji iklim bandar dibuat secara perbandingan antara unsur-unsur iklim yang terbentuk di kawasan bandar dengan kawasan pinggir bandar atau kawasan luar bandar.

Perubahan suhu dan fenomena pulau haba.

Suhu adalah satu unsur utama yang mengalami perubahan akibat aktiviti manusia di bandar. Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar sehingga beberapa darjah celcius melebihi daripada suhu sekitaran di pinggir bandar menghasilkan satu fenomena yang dikenali sebagai pulau haba. Bangunan konkrit, jalan berturap, medan letak kereta berbitumen merupakan bahan yang menggalakkan proses pengaliran haba dan simpanan haba pada siang hari sebagai bahan pendam dan dibebaskan pada waktu malam bagi mengimbangi kehilangan haba di permukaan bumi. Pembebasan haba dari bumi ini sepatutnya terus dilesapkan di angkasa, tetapi proses ini tidak berlaku di bandar. Sebaliknya, haba bumi akan dihalang oleh bahan-bahan pencemar di udara yang kemudian memantulkan kembali tenaga tersebut ke bumi.

0 comments:

Catat Ulasan