Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Sabtu, 19 November 2011

Punca-punca Jerebu dan Pencemaran Udara

Pembakaran Hutan
Kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantandan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yangberdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangkamasa yang panjang.
                         Kebakaran hutan

Pembakaran bahan api
Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utamapencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:
S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara danmembentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.

Proses Perbandaran
Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini

Proses Perindustrian
Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa kepada banyak pembebasan bahan pencemar yang dilepaskan melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang,gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kesihatan seperti sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya.

3 comments:

Unknown berkata...

terbaik

Unknown berkata...

terbaik

Unknown berkata...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Satu perkonsian menarik mengenai Jerebu. Jemput ke blog saya Jalalboy mengenai Tindakan Semasa Jerebu

Catat Ulasan