Pencemaran udara merujuk kepada kehadiran satu atau lebih bahan pencemar seperti gas-gas, habuk, bahan berbau, zarah, debu dan sebagainya di dalam ruang atmosfera yang mana ia boleh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya memberi kesan negatif samada kepada manusia, tumbuhan, binatang serta persekitaran fizikal sesuatu kawasan.
Jerebu ditakrifkan sebagai partikel-partikel yang terampai di ruang atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikel terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca yang kering dan udaranya yang stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus yang menyeliputi ruang atmosfera di sesuatu kawasan. Partikel-partikel ini boleh menyerak dan menyerap cahaya matahari lantas menyebabkan keadaan sekelilingnya menjadi kabur dan kurang jelas.
Pencemaran Udara dan Jerebu |
Tahap Kualiti udaran dan Kesihatan Manusia
Skala Indeks IPU | Status Kualiti Udara |
0 – 50 | Baik |
51 – 100 | Sederhana |
101 – 200 | Tidak sihat |
201 – 300 | Sangat tidak sihat |
301 - 500 | Berbahaya |
Lebih daripada 501 | Darurat boleh diisytiharkan |
Bahan-bahan pencemaran udara boleh dibahagikan kepada :
1. Bahan-bahan pencemar peringkat pertama.
Terdiri daripada bahan-bahan yang dikeluarkan secara terus menerus oleh sumber-sumber yang boleh dikesan.
2. Bahan-bahan pencemar peringkat kedua.
Bahan-bahan yang dikeluarkan hasil daripada interaksi di antara dua ataupun lebih bahan-bahan pencemar peringkat pertama ataupun hasil daripada reaksi dengan komponen-komponen atmosfera sama ada diikuti atau tidak oleh kesan fotokimia.
12 comments:
terima kasih. amat membantu ^^
Terima kasih ! it helps a lot !
tysm!
terima kasih
THAQNKS
x ckup lh
terima ksih
Thank~
TQ..........................................
izinkan saya untuk jadikan ini sebagai rujukan pt3 saya .tq
tq maklumat ni amat bguna untuk pt3 sye :)
Terima kasih walaupunpun tidak mencukupi saya tetap berterima kasih
Catat Ulasan